MUHAIMIN
Kejayaan Muhaimin Jewels Gold & Gems Sdn.Bhd bertapak sebagai sebuah entiti perniagaan yang stabil dan dinamik hari ini bukan tercipta dalam sehari dua.
Bermula sebagai sebuah syarikat bertaraf enterprise dengan nama Muhaimin Jewels pada tahun 1992 di Seksyen 2, Shah Alam, Muhaimin terlibat dalam perniagaan jual beli barangan melalui koperasi. Muhaimin beroperasi di Seksyen 2 Shah Alam selama 15 tahun sebelum berpindah ke Seksyen 7 bandaraya yang sama sekitar tahun 2009.
Kedua-dua lokasi premis perniagaan adalah disewa dengan Koperasi Kakitangan Universiti Teknologi Mara (KKUiTM). Muhaimin Jewels yang semakin berkembang mengorak langkah menjadi sebuah syarikat Sdn. Bhd. pada tahun 2002.

MUHAIMIN
UMMAH
Setiap rekaan menepati citarasa setiap UMMAH tidak kira peringkat umur
MODEN
Kami berpandukan rekabentuk MODEN untuk memberi kepuasan yang terbaik kepada ANDA
ASAS
Kami menerapkan ketulusan dalam setiap urusniaga kerana ASAS itulah yang menjadikan kami pilihan utama PELANGGAN
HARGAI
Kami sentiasa peka dan HARGAI setiap pandangan bagi menjamin kualiti produk kami
INOVASI
Untuk memastikan kesempurnaan dan ketulenan rekaan, kami fokus kepada proses INOVASI dan kreatif
MELANGKAUI
Kami sentiasa mencari peluang yang lebih besar untuk produk kami MELANGKAUI jangkaan dari segala ASPEK
IMEJ
Kami memelihara kualiti untuk setiap rekabentuk agar IMEJ kami terus cemerlang dan mencapai piawaian yang lebiih tinggi
NERACA
Kami bersemangat dan yakin untuk memastikan kecermerlangan dan kualiti produk kerana ianya adalah NERACA kami di masa hadapan